Sunday, April 5, 2009

Refleksi 1

Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?

Kemahiran abad 21 berkehendakkan mahasiswa yang cemerlang dalam pelbagai aspek terutamanya di dalam akedemik dan sahsiah. Sistem dan disiplin belajar tidak statik dan sudah berubah mengikut keperluan semasa. Kalau dilihat diperingkat sekolah menengah duhulu, pelajar hanya berharap dengan nota dan ‘suapan-suapan’ guru, di alam kampus tidak lagi. Kalau dulu pelajar hanya berjumpa guru hanya untuk menghantar kerja kursus atau ‘assignment’, kini tidak lagi. Kalau ketika di bangku sekolah dahulu bacaan-bacaan pelajar terhad hanya pada teks dan nota yang diberikan, di alam kampus tidak lagi. Kini masa berkehendakkan pelajarnya pro-aktif dan bertindak atas kaki sendiri.

Bagi mencapai hasrat Negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21. Sebagai seorang guru, saya terlebih dahulu akan mempersiapkan diri dengan ilmu teknologi dan mempelajari cara mengendalikan computer serta cara mengaplikasikan internet dengan betul. Seterusnya, saya akan memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana cara melayari internet agar mereka dapat mencari bahan atau nota-nota yang berkaitan tajuk dengan lebih mudah. Dengan cara ini pelajar dapat mevariasikan nota dan bahan bacaan. Selain itu saya akan menyediakan blog kepada pelajar saya agar mereka mudah mengambil nota disamping berkongsi-kongsi idea dengan pelajar-pelajar lain. Di samping itu juga saya akan memberi tugasan yang bersesuaian dengan tahap umur pelajar supaya mereka lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dengan melayari internet.

Semoga apa yang saya lakukan ini bersesuaian serta dapat mencapai hasrat Negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21.

No comments:

Post a Comment