Sunday, April 5, 2009

Refleksi 1

Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?

Kemahiran abad 21 berkehendakkan mahasiswa yang cemerlang dalam pelbagai aspek terutamanya di dalam akedemik dan sahsiah. Sistem dan disiplin belajar tidak statik dan sudah berubah mengikut keperluan semasa. Kalau dilihat diperingkat sekolah menengah duhulu, pelajar hanya berharap dengan nota dan ‘suapan-suapan’ guru, di alam kampus tidak lagi. Kalau dulu pelajar hanya berjumpa guru hanya untuk menghantar kerja kursus atau ‘assignment’, kini tidak lagi. Kalau ketika di bangku sekolah dahulu bacaan-bacaan pelajar terhad hanya pada teks dan nota yang diberikan, di alam kampus tidak lagi. Kini masa berkehendakkan pelajarnya pro-aktif dan bertindak atas kaki sendiri.

Bagi mencapai hasrat Negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21. Sebagai seorang guru, saya terlebih dahulu akan mempersiapkan diri dengan ilmu teknologi dan mempelajari cara mengendalikan computer serta cara mengaplikasikan internet dengan betul. Seterusnya, saya akan memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana cara melayari internet agar mereka dapat mencari bahan atau nota-nota yang berkaitan tajuk dengan lebih mudah. Dengan cara ini pelajar dapat mevariasikan nota dan bahan bacaan. Selain itu saya akan menyediakan blog kepada pelajar saya agar mereka mudah mengambil nota disamping berkongsi-kongsi idea dengan pelajar-pelajar lain. Di samping itu juga saya akan memberi tugasan yang bersesuaian dengan tahap umur pelajar supaya mereka lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dengan melayari internet.

Semoga apa yang saya lakukan ini bersesuaian serta dapat mencapai hasrat Negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21.

Refleksi 2

Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?

Sekiranya saya ditempatkan di sekolah Bestari saya bersedia membantu guru-guru lain untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah.

Pertama saya akan mengadakan bengkal khas untuk guru-guru di sekolah tersebut. Contohnya mengajar menggunakan perisian dengan betul,cara menyediakan perisian persembahan dengan baik seperti powerpoint, open office dan sebagainya.

Selain itu, saya akan wujudkan perisian mesra pengguna ( courseware ) yang menarik minat pelajar dan guru supaya ia dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Bagi meningkatkan prestasi guru membudayakan ICT di sekolah, saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah menghantar beberapa orang guru secara berperingkat-peringkat ke kursus ( ICT) supaya mereka dapat mengaplikasikan di dalam kelas dengan baik serta lebih berkesan.

Refleksi 3

Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.

1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

Ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada saya bagi membolehkan saya mengawal proses pembelajaran saya secara atas talian adalah saya mahir dalam mengendalikan penggunaan computer di samping mempunyai ilmu pengetahuan terhadap computer atau teknologi maklumat serta mampu mengakses internet dengan betul. di samping itu, saya juga mempunyai kebolehan menggunakan computer dengan cekap dan berkesan.

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh

mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

Pensyarah bertanggungjawab memastikan computer mempunyai kelengkapan dan perisian yang cukup untuk pengajaran di atas talian seperti modem,perisian peluntur internet contohnya internet explorer, mozzila, dan opera. Selain itu pensyarah mestilah menyediakan laman web khas untuk memuat turun (download) sesuatu perisian agar saya dapat menggunakan perisian tersebut ketika mengajar di sekolah nanti contohnya snagit, ulead, dan sebagainya. Di samping itu, pensyarah perlulah mengajar cara menyediakan courseware yang baik dengan menggunakan perisian-perisian yang bersesuaian dalam bidang pendidikan.

3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

Guru menyediakan alamat laman web yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk supaya pelajar tidak melencong ke laman web yang lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan terkawal.

Selain itu, guru juga perlu menyediakan courseware yang bersesuaian bagi sesuatu tajuk samada menggunakan software flash, powerpoint atau sebagainya. Guru terlebih dahulu mestilah memastikan semua pelajar memuat naik (uplode) courseware agar mereka boleh menggunakan semasa di dalam kelas dan ketika mengulangkaji pelajaran. Seterusnya guru memastikan semua pelajar memakai hearphone agar mereka dapat mendengar sound dengan baik tanpa mengganggu pendengaran rakan lain. Di samping itu, guru mestilah sentiasa bergerak dan tidak hanya berdiri di depan sahaja bagi memastikan semua pelajar member focus semasa pengajaran berlaku.

Refleksi 4

Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1-Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

Saya rasa resah, gelisah, tak tenteram memikirkan courseware yang perlu disiapkan. Ini kerana saya tidak faham terhadap tugasan ini..namun setelah beberapa kali diberi penjelasan oleh ustaz baru la saya faham. Perasaan saya waktu itu sudah bertukar kepada teruja dan tercabar dengan tugasan ini. Ini bukan tugasan yang mudah bagi saya. Ini membuatkan saya bersemangat untuk mendalami perisian-perisian dalam multimedia. Secara tidak langsung banyak perkara yang saya perlu belajar sebelum dan semasa menyiapkan tugasan ini contohnya cara mengguna soundforge, flash, masukkan suara dalam flash..banyak sangat kenangan-kenangan manis semasa menyiapkan tugasan-tugasan ini. .


2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Ya, sudah tentu ia dapat membantu saya ketika menjalani praktikum ini kerana courseware yang saya siapkan ini merupakan tajuk yang terdapat dalam buku teks tingkatan 4. Sedikit sebanyak ia dapat membantu saya ketika mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan dengan lancar.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)

Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

Ya, saya tidak akan menukar kaedah penilaian yang mana pelajar-pelajar sendiri yang perlu menilai tugas-tugas rakan mereka. Ini kerana mereka tidak berapa mahir dalam bidang ini serta tidak banyak terdedah dengan courseware yang canggih-canggih. Oleh itu, walaupun rakan mereka menyediakan courseware yang biasa mereka mampu menilai berdasarkan penggunaan courseware yang mesra pengguna. Selain itu, penilaian yang mereka buat ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka cara yang sesuai untuk mengendalikan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam sesuatu courseware itu. Namun saya tidak bersetuju dengan kaedah penilaian bintang kerana sukar ditafsir jika dibandingkan sistem pemarkahan dan peratusan. Ini kerana sistem bintang tidak mewujudkan keadilan di dalam penilaian pembentangan. Disamping itu sistem pungutan bintang sesuai digunakan oleh penilai-penilai yang mahir sahaja. Oleh itu sistem pemarkahan peratusan lebih senang dinilai namun fasilitator mestilah menekankan apa yang perlu dinilai oleh mereka.

Refleksi 5

Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

Pada pendapat saya sukatan yang terdapat di dalam sukatan pelajaran subjek multimedia dalam Pendidikan Islam tidak perlu diubah kerana bersesuaian serta relevan dengan masa belajar hanya satu semester. Ini kerana sukatan yang terdapat dalam subjek ini merupakan asas-asas dalam menyediakan BBM dalam bentuk ICT contohnya snagit, powerpoint, ulead, storyboard, task analysis, game, bookmark, audio,video dan sebagainya.

Harapan saya semoga apa yang diajar oleh ustaz dapat saya aplikasikan di sekolah kelak.

Thursday, March 12, 2009

AHLAN WASAHLAN

AHLAN WASAHLAN ILA BLOG